Komputer adalah serangkaian ataupun sekelompok mesin elektronik yang terdiri daripada ribuan bahkan jutaan komponen yang dapat saling bekerjasama, serta membentuk sebuah sistem kerja yang rapi dan teliti. Sistem ini kemudian dapat digunakan untuk melaksanakan serangkaian pekerjaan secara otomatis berdasarkan urutan intruksi ataupun program yang diberikan kepadanya. Peranan komputer saat ini sangat penting, salah satunya pada perusahaan atau instansi dalam kaitannya untuk memperoleh informasi dengan cepat. Sebagai sarana untuk memberikan informasi, komputer memberikan pengaruh yang cukup besar dalam penghematan dan efisiensi waktu. Peranan komputer semakin nyata manfaatnya dan memberikan banyak kemudahan terutama bagi penggunanya. Dalam arus teknologi yang beserba canggih ini, ternyata penggunaan komputer amat penting bagi setiap golongan terutama golongan pelajar mahupun pekerja dalam menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan. Terdapat 3 jenis penggunaan komputer iaitu ‘komputer sebagai alat’, ‘komputer sebagai pengajar’ dan ‘komputer sebagai pelajar’.
Komputer sebagai alat
Antara jenis penggunaan sebuah komputer adalah komputer sebagai alat. Computer sebagai alat terbahagi kepada dua iaitu komputer sebagai alat informasi dan komputer sebagai alat komunikasi. Komputer sebagai alat informasi adalah amat penting bagi seseorang tidak kira status seseorang itu. Melalui penggunaan komputer dan adanya kemudahan internet membolehkan seseorang mengetahui tentang berita dalam negara mahupun luar degara dengan hanya melayari laman sesawang melalui berita harian online. Selain itu, melalui komputer juga, seseorang dapat mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan yang terdapat dalam negara mahupun luar negara, mengetahui ramalan cuaca harian agar perjalanan dan aktiviti harian dapat berjalan dengan lancar. Bagi suri rumah pula, mereka boleh mendapat resepi masakan melalui laman sesawang kerana dengan cara tersebut mereka memperoleh dengan lebih cepat. Mereka tidak perlu ke kedai buku membeli buku resipi untuk dimasak dan disajikan buat keluarga tercinta. Hal ini demikian kerana, semua maklumat boleh diakses dengan cepat bak kata pepatah, ‘internet di hujung jari’.
Seterusnya, komputer sebagai alat komunikasi. Komputer merupakan satu alat yang boleh menghubungkan talian antara seseorang dengan seseorang yang lain melalui pelbagai cara tidak kira dimana seseorang itu berada. Melalui komputer juga, seseorang dapat berinteraksi secara langsung. Interaksi secara langsung seperti berhubung melalui penggunaan webcam atau video dan sebagainya. Hal ini dapat memudahkan lagi proses komunikasi terutamanya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran atau bisu untuk berkomunikasi selain komunikasi secara tidak langsung. Manakala secara tidak langsung pula, seseorang boleh berhubung melalui berbalas e-mel,’chating’, dan sebagainya.
Komputer sebagai pengajar
Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan kaedah diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal yang demikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar ataupun dipanggil media pengajaran. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk mebantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru. Penggunan komputer sebagai alat pengajar memang amat sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan berteknologi tinggi. Kebanyakan guru menggunakan komputer sebagai alat pengajaran mereka kerana cara ini amat berkesan malah pelajar juga lebih memahami cara pengajaran seseorang guru dalam menyampaikan ilmu. Kini, terdapat juga program komputer yang berbentuk peta minda. Guru boleh membuat peta minta, nota dalam bentuk point, dalam bentuk video kepada pelajar dengan cara yang lebih kreatif dan tersusun. Ini kerana setiap huruf yang ditaip telah dijaga menerusi program komputer dan ini membuat setiap baris yang ditaip nampak lurus dan teratur. Oleh itu, para pelajar lebih senang dan mudah untuk memahami serta meningati sesuatu yang dipelajari mereka. Dengan ini, barulah pengajaran seseorang pengajar itu berkesan.
Komputer sebagai pelajar
Komputer banyak membantu pelajar dalam pendidikan. Penggunaan komputer di peringkat sekolah sangat digalakkan. Komputer boleh ditakrifkan sebagai alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisa dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Komputer telah banyak mengubah fikiran dan cara pembelajaran pelajar. Dengan adanya komputer, para pelajar boleh melungsuri internet untuk mendapatkan informasi terkini. Walaupun demikian, terdapat juga manfaat yang boleh diraih oleh pelajar dalam membantu proses pendidikan mereka.
Komputer merupakan jambatan yang menghubungkan para pelajar dengan internet. Internet telah dikenali sebagai pemangkin utama dalam membantu para pelajar ketika menimba ilmu. Malah, ia juga dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apa yang membantu para pelajar dalam pendidikan ialah komputer dapat berkhidmat dengan pantas untuk mendapatkan maklumat. Mendapatkan maklumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Ini kerana pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapatkan markah terbaik.
Kesimpulannya, komputer banyak memberi manfaat kepada setiap individu untuk mendapatkan sesuatu perkara tidak kira dalam cara apa sekalipun seseorang itu perlukan terutamanya kepada golongan pelajar mahupun golongan yang telah bekerja. Komputer banyak kegunaannya tambahan pula dengan adanya internet. Dengan ini, semua masalah dan kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna dalam tempoh yang singkat. Sebagai bukti, pada zaman yang berteknologi tinggi ini di setiap rumah telah memiliki komputer sebagai alat kegunaan harian dan ada kebanyakan individu juga telah memiliki komputer riba sendiri supaya mudah dibawa ke mana-mana.