anys yanie
  • Home
  • BIODATA
  • REFLEKSI
  • TUGASAN

tugasan  8

12/16/2014

0 Comments

Tugasan 8 ini merupakan tugasan terakhir kami sebelum menduduki ujian akhir semester. Kami diberi tunjuk ajar oleh Cik Mazalah tentang cara memasukkan markah peperiksaan akhir tahun 2014 Sekolah Kebangsaan Berangan dengan menggunakan microsoft excel. Pelajaran ini amat menarik minat saya dan semangat berkobar-kobar untuk  menjadi seorang guru yang baik seta mendidik anak bangsa. Insyaallah. Ilmu yang saya dapat pada hari ini amat berguna bagi saya kerana ini akan diguna pakai di alam pekerjaan kelak. Insyaallah
markah_.xlsx
File Size: 17 kb
File Type: xlsx
Download File

Picture
Picture
0 Comments

TUGASAN  7

12/9/2014

0 Comments

VIDEO
Assalamualaikum w.b.t

Bagi tugasan 7, kami diminta menyediakan satu video dan story board berkaitan tugasan yang lalu dengan  menggunakan www.powtoon.com. Pelbagai cabaran dan dugaan dalam menyiapkan tugasan ini dan akhirnya alhamdulillah kami telah menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. saya telah membina satu video menggunakan powtoon dan juga story board dan telah memasukkan dalam youtube dan kami juga diminta memuatnaik dalam ifolio.

dibawah merupakan video yang telah kami buat mengenai e-learning and mobile learning

selamat menonton :)

0 Comments

TUGASAN  6

12/9/2014

0 Comments

BROSUR
Picture
Picture
doc2.docx
File Size: 339 kb
File Type: docx
Download File

0 Comments

TUGASAN  5

12/9/2014

0 Comments

0 Comments

TUGASAN  4

12/9/2014

0 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Untuk tugasan kali ini saya dan ahli kumpulan saya telah diminta untuk melaksanakan satu "mini research" yang bertajuk "
Pengaruh persekitaran terhadap penggunaan ICT". Bagi menyempurkan tugasan ini, kami telah menyediakan satu borang soal selidik dengan menggunakan google form untuk mendapatkan respon.  Responden kami terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1 Fakulti Pendidikan. 

https://docs.google.com/forms/d/1SfhkygebHToQaKx81TCxYtbQJ-S5aWX6i-zIXtfDH6s/viewform?usp=send_form

Picture
kami berkongsi link di forum weebly GE155 dan juga di group Fb dimana responden kami adalah daripada pelajar tahun 1 Fakulti Pendidikan tahun 2014/2015 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

sekian,
TERIMA KASIH :)
0 Comments

tugasan  3

11/7/2014

0 Comments

CASPER

CASPER pada mulanya saya hanya dapat membayangkan cerita kartun yang mengisahkan tentang kehidupan hantu yang bernama Casper. Namun ternyata jangkaan saya itu salah sama sekali. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

Enam Prinsip Asas Reka Letak (CASPER)

Untuk mengahsilkan persembahan power point yang baik, prinsip-prinsip berikut perlu dipertimbangkan:

Contrast (Perbezaan yang Ketara)

Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek , pembangunan perisian perlulah memilih warna yang kontra (warna yang gelap dengan warna terang). Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan, kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan  atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan  perbezaan font, objek besar dengan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

Alignment (Susunan Lurus)

Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. Pembangunan perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dn merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.

Proximity (Berhampiran)

Dalam prinsip proximity item yang digunakaan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan yang tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

Emphasis (Penekanan)

pembangunan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunkan oleh pembangunan perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu, adalah dinasihatkan supaya pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna yang mana kan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan.

Repetition (Pengulangan)

Dalam prinsip repetition, terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemhaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan  terhadap media. Pembangun perisian boleh menggunakan  perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama. 

Picture
0 Comments

TUGASAN  2

10/12/2014

0 Comments

SOALAN  1

Apakah  LMS dan CMS ?

Learning Management System (LMS) merupakan sistem untuk mengelola catatan pelatihan dan pendidikan, perangkat lunaknya untuk mendistribusikan program melalui internet dengan fitur untuk kolaborasi secara ''online''. Dalam pelatihan korporasi, LMS biasanya digunakan untuk mengotomatisasi pencatatan dan pendaftaran pengarang. Dimensi untuk belajar pengurusan meliputi ''Students self-service'' (misalnya, registrasi mendiri yang dipimpin instruktur pelatihan), pelatihan alur kerja (misalnya, pemberitahuan pengguna, persetujuan pengurus, daftar tunggu pengurusan), penyediaan pembelajaran "online" (misalnya, pelatihan berbasis komputer, membaca dan memahami), penilaian "online", pengurusan pendidikan  profesional berkelanjutan (CPE), pembelajaran koloboratif (misalnya, berbagi aplikasi, diskusi), dan pelatihan pengurusan sumber daya (misalnya, instruktur, fasiliti, peralatan). LMS juga digunakan oleh regulasi industri untuk pelatihan kepatuhan. Mereka juga digunakan oleh institusi pendidikan untuk meningkatkan  dan menyokong  program pengajaran di kelas dan menawarkan kursus untuk populasi yang lebih besar iaitu seluruh dunia. Dengan kata lain, LMS juga merupakan satu pakej perisian pada skala yang besar yang membolehkan pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar. Kebanyakan LMS merupakan sistem berasaskan web yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua.

Content Management System (CMS) pula adalah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan doumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri seperti mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia, menenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka, kebolehan untuk menbahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza dan juga mentakrifkan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan. 

SOALAN  2

Apakah kegunaan LMS dan CMS ?

Kegunaan LMS dan CMS ini adalah bertujuan untuk persediaan sesuatu aspek pentadbiran seperti rakaman gred dan lain-lain bagi seseorang tenaga pengajar atau pensyarah mahupun pelajar. Selain itu, ia berurusan secara langsung dengan aspek-aspek teras pengajaran seperti objek pembelajaran, latihan, kuiz dan sebagainya. Dengan adanya sistem ini, pelajar boleh berinteraksi dengan tenaga pengajar atau pensyarah dan menerokai kandungan pembelajaran yang telah disediakan dalam sistem ini. Seterusnya, sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan meningkatkan sistem pembelajaran pelajar tersebut. Apabila terdapat satu penilaian online seperti latihan mahupun kuiz dalam sistem ini, ia dapat memudahkan para pelajar untuk menjawab solan tersebuat sebelum bermulanya ujian.

SOALAN  3

Bagaimana cara menggunakan LMS dan CMS ?

Cara menggunakan sistem ini adalah menggunakan modul penilaian LMS  untuk mewujudkan penilaian yang tepat dan relevan. Modul penilaian yang digunakan akan menjadi menarik jika ia direka baik untuk pelajar. Selain itu, jelaskan penilaian kepada pelajar supaya mereka tidak akan menghadapi masalah dalam penggunaan sistem ini. Dengan ini, sistem pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan.

SOALAN  4

Apakah perisian aplikasi LMS / CMS ?

Terdapat beberapa perisian aplikasi LMS dan CMS ini antaranya ialah Moodle yang dikenali sebagai Modular Berorientasikan Objek Persekitaran Dinamik yang membantu pendidik untuk mewujudkan kursus-kursus dalam talian. Ia mempunyai beberapa ciri seperti penyerahan tugas, muat turun fail, kuiz dan lain-lain lagi. selain itu Atutor, ia digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dalam talian pengurusan, pembangunan kerjaya, serta pembangunan profesion guru dan penyelidikan akademik. Sistem ini juga dapat mebantu orang buta dengan mendengar antara sistem muka dan bantuan pembaca skrin. Seterusnya adalah eFront yang dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya yang merupakan reka bentuk untuk membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.

SOALAN  5

Apakah perbezaan diantara LMS dengan CMS ?

Learning Management System (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan. LMS ini sebenarnya satu sistem yang memudahkan pengurusan dalam pentadbiran. Ia membolehkan maklumat dihantar dengan pantas. Kolej dan Universiti juga menggunakan LMS untuk menyampaikan kursus-kursus dalam takian dan menambah kursus di kampus. Jabatan latihan korporat menggunakan LMS untuk memberikan latihan dalam talian, serta mengautomasikan penyimpanan rekod dan pendaftaran pekerja. Kebanyakan LMS adalah berasaskan web untuk memudahkan akses ke kandungan pembelajaran dan pentadbiran.

Content Management System (CMS) adalah satu program komputer yang membolehkan penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan dari pusat antara muka. Fungsi utama Sistem Pengurusan Kandungan adalah untuk menyampaikan maklumat dalam laman web. Ciri-ciri CMS berbeza dari sistem kepada sistem yang lain. Sistem mudah mempamerkan beberapa ciri, sistem terutamanya perusahaan, menawarkan fungsi yang lebih kompleks dan berkuasa. Dalam CMS, kandungan boleh ditakrifkan sebagai dokumen, filem, teks, gambar, nombor telefon, data saintifik. CMS digunakan untuk menyimpan, mengawal menyemak, dan menerbitkan dokumentasi.
 
0 Comments

TUGASAN  1

10/12/2014

0 Comments

Komputer adalah serangkaian ataupun sekelompok mesin elektronik yang terdiri daripada ribuan bahkan jutaan komponen yang dapat saling bekerjasama, serta membentuk sebuah sistem kerja yang rapi dan teliti. Sistem ini kemudian dapat digunakan untuk melaksanakan serangkaian pekerjaan secara otomatis berdasarkan urutan intruksi ataupun program yang diberikan kepadanya. Peranan komputer saat ini sangat penting, salah satunya pada perusahaan atau instansi dalam kaitannya untuk memperoleh informasi dengan cepat. Sebagai sarana untuk memberikan informasi, komputer memberikan pengaruh yang cukup besar dalam penghematan dan efisiensi waktu. Peranan komputer semakin nyata manfaatnya dan memberikan banyak kemudahan terutama bagi penggunanya. Dalam arus teknologi yang beserba canggih ini, ternyata penggunaan komputer amat penting bagi setiap golongan terutama golongan pelajar mahupun pekerja dalam menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan. Terdapat 3 jenis penggunaan komputer iaitu ‘komputer sebagai alat’, ‘komputer sebagai pengajar’ dan ‘komputer sebagai pelajar’.

Komputer sebagai alat

Antara jenis penggunaan sebuah komputer adalah komputer sebagai alat. Computer sebagai alat terbahagi kepada dua iaitu komputer sebagai alat informasi dan komputer sebagai alat komunikasi. Komputer sebagai alat informasi adalah amat penting bagi seseorang tidak kira status seseorang itu. Melalui penggunaan komputer dan adanya kemudahan internet membolehkan seseorang mengetahui tentang berita dalam negara mahupun luar degara dengan hanya melayari laman sesawang melalui berita harian online. Selain itu, melalui komputer juga, seseorang dapat mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan yang terdapat dalam negara mahupun luar negara, mengetahui ramalan cuaca harian agar perjalanan dan aktiviti harian dapat berjalan dengan lancar. Bagi suri rumah pula, mereka boleh mendapat resepi masakan melalui laman sesawang kerana dengan cara tersebut mereka memperoleh dengan lebih cepat. Mereka tidak perlu ke kedai buku membeli buku resipi untuk dimasak dan disajikan buat keluarga tercinta. Hal ini demikian kerana, semua maklumat boleh diakses dengan cepat bak kata pepatah, ‘internet di hujung jari’.

Seterusnya, komputer sebagai alat komunikasi. Komputer merupakan satu alat yang boleh menghubungkan talian antara seseorang dengan seseorang yang lain melalui pelbagai cara tidak kira dimana seseorang itu berada. Melalui komputer juga, seseorang dapat berinteraksi secara langsung. Interaksi secara langsung seperti berhubung melalui penggunaan webcam atau video dan sebagainya. Hal ini dapat memudahkan lagi proses komunikasi terutamanya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran atau bisu untuk berkomunikasi selain komunikasi secara tidak langsung. Manakala secara tidak langsung pula, seseorang boleh berhubung melalui berbalas e-mel,’chating’, dan sebagainya.

Komputer sebagai pengajar

Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan kaedah diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal yang demikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar ataupun dipanggil media pengajaran. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk mebantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru. Penggunan komputer sebagai alat pengajar memang amat sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan berteknologi tinggi. Kebanyakan guru menggunakan komputer sebagai alat pengajaran mereka kerana cara ini amat berkesan malah pelajar juga lebih memahami cara pengajaran seseorang guru dalam menyampaikan ilmu. Kini, terdapat juga program komputer yang berbentuk peta minda. Guru boleh membuat peta minta, nota dalam bentuk point, dalam bentuk video kepada pelajar dengan cara yang lebih kreatif dan tersusun. Ini kerana setiap huruf yang ditaip telah dijaga menerusi program komputer dan ini membuat setiap baris yang ditaip nampak lurus dan teratur. Oleh itu, para pelajar lebih senang dan mudah untuk memahami serta meningati sesuatu yang dipelajari mereka. Dengan ini, barulah pengajaran seseorang pengajar itu berkesan.

Komputer sebagai pelajar

Komputer banyak membantu pelajar dalam pendidikan. Penggunaan komputer di peringkat sekolah sangat digalakkan. Komputer boleh ditakrifkan sebagai alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisa dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Komputer telah banyak mengubah fikiran dan cara pembelajaran pelajar. Dengan adanya komputer, para pelajar boleh melungsuri internet untuk mendapatkan informasi terkini. Walaupun demikian, terdapat juga manfaat yang boleh diraih oleh pelajar dalam membantu proses pendidikan mereka.

Komputer merupakan jambatan yang menghubungkan para pelajar dengan internet. Internet telah dikenali sebagai pemangkin utama dalam membantu para pelajar ketika menimba ilmu. Malah, ia juga dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apa yang membantu para pelajar dalam pendidikan ialah komputer dapat berkhidmat dengan pantas untuk mendapatkan maklumat. Mendapatkan maklumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Ini kerana pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapatkan markah terbaik.

Kesimpulannya, komputer banyak memberi manfaat kepada setiap individu untuk mendapatkan sesuatu perkara tidak kira dalam cara apa sekalipun seseorang itu perlukan terutamanya kepada golongan pelajar mahupun golongan yang telah bekerja. Komputer banyak kegunaannya tambahan pula dengan adanya internet. Dengan ini, semua masalah dan kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna dalam tempoh yang singkat. Sebagai bukti, pada zaman yang berteknologi tinggi ini di setiap rumah telah memiliki komputer sebagai alat kegunaan harian dan ada kebanyakan individu juga telah memiliki komputer riba sendiri supaya mudah dibawa ke mana-mana.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

Powered by Create your own unique website with customizable templates.