anys yanie
  • Home
  • BIODATA
  • REFLEKSI
  • TUGASAN

anys yanie

welcome to my reflection

anis ilyani mohammed

minggu  7

11/2/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

Semakin lama semakin mencabar dan sentiasa mendapat ilmu yang baru dalam kelas GE1155. Kami diajar dengan lebih mendalam lagi dalam kelas komputer dalam pendidikan ini.  Ilmu yang diperoleh insyaallah akan kami guna pakai dalam pelajaran mahupun di alam pekerjaan kelak.

Pada minggu ini, kami diterangkan secara terperinci oleh tutor iaitu Cik Mazalah tentang cara yang betul untuk menghasilkan mini research yang terbaik. Pada mulanya, kami diterangkan oleh Cik Mazalah tentang penyelidikan. Penyelidik akan mengumpul setiap data. Penyelidik juga akan menjelaskan secara terperinci mengenai data yang diperoleh bagi menjawab setiap persoalan yang diketengahkan oleh penyelidik. Tujuan utama sesuatu penyelidikan dijalankan adalah bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Antara langkah-langkah yang perlu ada bagi menghasilkan sesuatu penyelidikan adalah dengan mengenalpasti masalah dan tujuan penyelidikan, membuat sorotan literature, merekabentuk dan merancang penyelidikan, mengumpul data mengikut jenis sama ada kualiatif mahupun kuantitatif, menganalisis serta menginterpretasi dan akhir sekali membincang dapatan, laporan, dan menyebarkan hasil penyelidikan.

Bagi menghasilkan penyelidikan yang baik, seseorang penyelidik hendaklah merekabentuk terlebih dahulu tentang penyelidikan yang bakal dijalankan. Pendekatan sesuatu penyelidikan hendaklah bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajian. Terdapat dua kaedah kajian yang boleh digunakan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kuntitatif merupakan soal selidik yang dilakukan keatas beberapa responden bagi  menjawab persoalan yang telah dibuat oleh penyelidik. Kaedah ini memerlukan responden yang ramai sebagai sampel kajian. Manakala kaedah kualitatif pula merupakan kaedah temubual yang dijalankan diantara penyelidik dengan responden. Kaedah ini tidak memerlukan responden yang ramai.

Namun setelah kami diberi penerangan panjang lebar oleh Cik Mazalah, seterusnya kami diminta untuk menyediakan satu proposal penyelidikan. Ahli kumpulan saya yang terdiri daripada saya dan dua rakan yang lain telah memilih tajuk berkenaan dengan pengaruh persekitaran kepada tahap kemahiran ICT pelajar IPT.

Kami diminta untuk menyelesaikan kandungan kajian kami  iaitu kertas cadangan penyelidikan menggunakan Microsoft word dan kami diminta untuk menhantar melalui emel ataupun facebook Cik Mazalah.

Walaupun kesuntukan masa, namun terdapat pembentangan oleh dua kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan saya. Kumpulan yang pertama membentangkan mengenai  LMS dan CMS manakala kumpulan kedua pula membuat pembentangan tentang CASPER. Hanya dua kumpulan sahaja yang sempat memuat pembentangan pada minggu ini. Insyaallah berjumpa lagi kita  pada minggu seterusnya minggu hadapan.

TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI :)

0 Comments



Leave a Reply.

    Categories

    All

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.