anys yanie
  • Home
  • BIODATA
  • REFLEKSI
  • TUGASAN

anys yanie

welcome to my reflection

anis ilyani mohammed

minggu  14

12/15/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita pada minggu ini iaitu minggu ke 14 yang merupakan minggu terakhir bagi pelajar sebelum menduduki ujian semester. Semua pelajar sibuk dengan assignment masing-masing yang masih belum siap dan perlu dihantar pada masa yang terdekat.

Pada minggu ini dalam kelas GE1155, saya serta rakan-rakan yang lain diberi borang soal selidik yang perlu kami isi dan perlu menghantar dengan segera.
setelah selesai mengisi borang soal selidik tersebut, kami diberi penjelasan oleh Cik Mazalah tentang proforma dalam GE1155 ini agar semua pelajar segera menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan segera. Cik Mazalah menerangkan semula setiap tugasan yang perlu kami sempurnakan iaitu daripada tugasan 1 hingga tugasan terakhir iaitu tugasan 8. Kami perlu membuat satu folder dalam google drive dengan menamakan folder tersebut sebagai nama, nombor matrik dan nama kelas iaitu SE2. Dalam folder tersebut kami perlu mengisi semua tugasan yang telah kami buat serta share folder tersebut ke email Cik Mazalah iaitu mazalahge1155@gmail.com sebelum tarikh akhir iaitu pada 28 disember 2014.

SEKIAN, TERIMA KASIH :) 
0 Comments

minggu  13

12/9/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamulaikum w.b.t dan sejahtera saya ucapkan. hyee semua !!!!! sihat??

Bertemu kembali kita pada minggu ini iaitu pada minggu ke 13 dalam kelas ge1155 komputer dalam pendidikan bersama tutor kesayangan saya iaitu Cik Mazalah. Pada permulaan kelas saya dan rakan-rakan yang lain diminta oleh CiK Mazalah untuk mendaftar dalam eportfolio serta bagi url weebly kami. Setelah selesai mendaftar, kami diingatkan oleh Cik Mazalah tentang tugasan-tugasan yang diberikan sebelum ini agar kami dapat menyiapkannya sebelum minggu 14.
Setelah selesai diberi penerangan sedikit sebanyak oleh Cik Mazalah, kami semua diberi penerangan dan diberi tunjuk ajar oleh Cik Mazalah tentang cara masukkan markah pelajar dengan menggunakan microsoft excel. Pelajaran ini amat menarik minat saya dan semangat berkobar-kobar untuk  menjadi seorang guru yang baik seta mendidik anak bangsa. Insyaallah. Ilmu yang saya dapat pada hari ini amat berguna bagi saya kerana ini akan diguna pakai di alam pekerjaan kelak. Insyaallah

SEKIAN, TERIMA KASIH :)
Picture
0 Comments

minggu  12

12/5/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua !!!

Apa khabar?? harap-harap sihat walafiat di samping yang tersayang lah ye. Insyaallah Amin..
Haa kembali lagi kita pada minggu ini iaitu minggu Ke 12 dalam kelas ge1155 iaitu kelas komputer dalam pendidikan.


Pada minggu ke 12 ini, aktiviti dalm kelas GE1155 ini adalah seperti kebiasaan iaitu dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh tutor. Pada minggu ini hanya 1 kumpulan yang membuat pembentangan iaitu  kumpulan 5 yang merupakan kumpulan terakhir. Kumpulan ini telah membuat pementangan pada minggu ke 9 yang lalu, namun kerana kurang berpuas hati Cik mazalah meminta kumpulan ini membuat pembentangan untuk kali kedua. Tajuk pembentangan mereka ialah Kemahiran ICT abad 21. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang iaitu Mohamad Syarifudin bin Yusof, Abdullah Muizz bin Nasron, dan juga  Muhamad Nurnizam bin Suhaimi. Kumpulan ini menerangkan tentang tajuk mereka iaitu Kemahiran ICT abad 21. Alhamdulillah pembentangan kumpulan ini sangat menarik perhatian dan senang difahami.

Selepas pembentangan dijalankan, Cik Mazalah menerangkan sedikit sebanyak tentang tugasan kami yang seterusnya iaitu berkaitan dengan video. Cik Mazalah menyuruh kami mencari idea untuk membina video bagi tugasan kami dan beliau menyuruh kami melayari www.pawtoon.com bagi panduan idea kami menyiapkan tugasan tersebut. 

Seterusnya, kami berjumpa Cik Mazalah bagi bertanyakan sedikit sebanyak dan meminta panduan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum ini iaitu mini research kami yang bertajuk ''Pengaruh persekitaran kepada tahap kemahian ICT pelajar IPT''.


Sekian.. itu sahaja daripada saya pada minggu 12 ini.


TERIMA KASIH :) 

0 Comments

    Categories

    All

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.