Assalamualaikum w.b.t
hiii!! berjumpa lagi kita pada minggu ini iaitu minggu ke 11. Masa berlalu dengan begitu cepat sehingga kita sendiri tidak sedar setiap saat yang berlalu. Pada minggu lepas iaitu minggu ke 10, Cik Mazalah telah memberi tugasan kepada kami untuk membuat 2 brosur dan memilih yang paling terbaik antara brosur tersebut untuk dimuatnaik dalam ifolio untuk dinilai oleh rakan-rakan yang lain tentang brosur tersebut. Kami perlu memuatnaik brosur tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 24 november 2014 (isnin). Brosur yang saya telah pilih untuk dimuatnaikkan dalam ifolio adalah seperti dibawah :

Syukur alhamdulillah kerana komen penilai semua yang membanggakan dan diberi pujian. Kumpulan kami diberi ***** oleh penilai-penilai. terima kasih :)
Di dalam kelas pada minggu ke 11 ini seperti kebiasaannya kami memulakan kelas dengan sesi pembentangan. Kumpulan pembentang yang pertama adalah dari kumpulan saya. Kumpulan saya terdiri daripada 3 orang termasuk saya iaitu Anis Ilyani dan 2 rakan yang lain iaitu Roosaimah dan juga Nurul Nabilah. Tajuk pembentangan kami adalah e-Learning and mobile learning. Sesi pembentangan berjalan seperti biasa dan alhamdulillah dapat pujian daripada penilai.
Seterusnya sesi pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan seterusnya iaitu kumpulan 11 yang juga terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan iaitu Fatihah kamaludin, Nurul Huda Ghazali dan Hasliza Mustapa. Tajuk pembentangan mereka adalah Web 2.0. Dengan ini barulah kami sedar yang teknologi sekarang amat canggih dan semakin berkembang malah semua orang dapat berinteraksi antara satu sama lain, dapat memberi komen, dan sebagainya.
Setelah selesai sesi pembentangan oleh 2 kumpulan, kami meneruskan kelas dengan perbincangan tentang kajian yang kami lakukan yang bertajuk "Pengaruh persekitaran kepada tahap kemahiran ICT pelajar IPT". Kami diberi penerangan oleh Cik Maazalah tetang cadangan penyelidikan, demografi responden serta persoalan kajian. Kami diberi panduan untuk melaksanakan kajian tersebut. Cik Mazalah mengarah kami untuk buat dalam microsoft excel bagi memudahkan lagi urusan kami kerana kaedah tersebut lebih senang. Apabila selesai, kami perlu emel hasil kerja tersebut ke alamat emel Cik Mazalah.
TERIMA KASIH :)