anys yanie
  • Home
  • BIODATA
  • REFLEKSI
  • TUGASAN

anys yanie

welcome to my reflection

anis ilyani mohammed

minggu  14

12/15/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita pada minggu ini iaitu minggu ke 14 yang merupakan minggu terakhir bagi pelajar sebelum menduduki ujian semester. Semua pelajar sibuk dengan assignment masing-masing yang masih belum siap dan perlu dihantar pada masa yang terdekat.

Pada minggu ini dalam kelas GE1155, saya serta rakan-rakan yang lain diberi borang soal selidik yang perlu kami isi dan perlu menghantar dengan segera.
setelah selesai mengisi borang soal selidik tersebut, kami diberi penjelasan oleh Cik Mazalah tentang proforma dalam GE1155 ini agar semua pelajar segera menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan segera. Cik Mazalah menerangkan semula setiap tugasan yang perlu kami sempurnakan iaitu daripada tugasan 1 hingga tugasan terakhir iaitu tugasan 8. Kami perlu membuat satu folder dalam google drive dengan menamakan folder tersebut sebagai nama, nombor matrik dan nama kelas iaitu SE2. Dalam folder tersebut kami perlu mengisi semua tugasan yang telah kami buat serta share folder tersebut ke email Cik Mazalah iaitu mazalahge1155@gmail.com sebelum tarikh akhir iaitu pada 28 disember 2014.

SEKIAN, TERIMA KASIH :) 
0 Comments

minggu  13

12/9/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamulaikum w.b.t dan sejahtera saya ucapkan. hyee semua !!!!! sihat??

Bertemu kembali kita pada minggu ini iaitu pada minggu ke 13 dalam kelas ge1155 komputer dalam pendidikan bersama tutor kesayangan saya iaitu Cik Mazalah. Pada permulaan kelas saya dan rakan-rakan yang lain diminta oleh CiK Mazalah untuk mendaftar dalam eportfolio serta bagi url weebly kami. Setelah selesai mendaftar, kami diingatkan oleh Cik Mazalah tentang tugasan-tugasan yang diberikan sebelum ini agar kami dapat menyiapkannya sebelum minggu 14.
Setelah selesai diberi penerangan sedikit sebanyak oleh Cik Mazalah, kami semua diberi penerangan dan diberi tunjuk ajar oleh Cik Mazalah tentang cara masukkan markah pelajar dengan menggunakan microsoft excel. Pelajaran ini amat menarik minat saya dan semangat berkobar-kobar untuk  menjadi seorang guru yang baik seta mendidik anak bangsa. Insyaallah. Ilmu yang saya dapat pada hari ini amat berguna bagi saya kerana ini akan diguna pakai di alam pekerjaan kelak. Insyaallah

SEKIAN, TERIMA KASIH :)
Picture
0 Comments

minggu  12

12/5/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua !!!

Apa khabar?? harap-harap sihat walafiat di samping yang tersayang lah ye. Insyaallah Amin..
Haa kembali lagi kita pada minggu ini iaitu minggu Ke 12 dalam kelas ge1155 iaitu kelas komputer dalam pendidikan.


Pada minggu ke 12 ini, aktiviti dalm kelas GE1155 ini adalah seperti kebiasaan iaitu dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh tutor. Pada minggu ini hanya 1 kumpulan yang membuat pembentangan iaitu  kumpulan 5 yang merupakan kumpulan terakhir. Kumpulan ini telah membuat pementangan pada minggu ke 9 yang lalu, namun kerana kurang berpuas hati Cik mazalah meminta kumpulan ini membuat pembentangan untuk kali kedua. Tajuk pembentangan mereka ialah Kemahiran ICT abad 21. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang iaitu Mohamad Syarifudin bin Yusof, Abdullah Muizz bin Nasron, dan juga  Muhamad Nurnizam bin Suhaimi. Kumpulan ini menerangkan tentang tajuk mereka iaitu Kemahiran ICT abad 21. Alhamdulillah pembentangan kumpulan ini sangat menarik perhatian dan senang difahami.

Selepas pembentangan dijalankan, Cik Mazalah menerangkan sedikit sebanyak tentang tugasan kami yang seterusnya iaitu berkaitan dengan video. Cik Mazalah menyuruh kami mencari idea untuk membina video bagi tugasan kami dan beliau menyuruh kami melayari www.pawtoon.com bagi panduan idea kami menyiapkan tugasan tersebut. 

Seterusnya, kami berjumpa Cik Mazalah bagi bertanyakan sedikit sebanyak dan meminta panduan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum ini iaitu mini research kami yang bertajuk ''Pengaruh persekitaran kepada tahap kemahian ICT pelajar IPT''.


Sekian.. itu sahaja daripada saya pada minggu 12 ini.


TERIMA KASIH :) 

0 Comments

minggu  11

11/26/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t

 hiii!! berjumpa lagi kita pada minggu ini iaitu minggu ke 11. Masa berlalu dengan begitu cepat sehingga kita sendiri tidak sedar setiap saat yang berlalu. Pada minggu lepas iaitu minggu ke 10, Cik Mazalah telah memberi tugasan kepada kami untuk membuat 2 brosur dan memilih yang paling terbaik antara brosur tersebut untuk dimuatnaik dalam  ifolio untuk dinilai oleh rakan-rakan yang lain tentang brosur tersebut. Kami perlu memuatnaik brosur tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 24 november 2014 (isnin). Brosur yang saya telah pilih untuk dimuatnaikkan dalam ifolio adalah seperti dibawah :

Picture
Picture
Syukur alhamdulillah kerana komen penilai semua yang membanggakan dan diberi pujian. Kumpulan kami diberi ***** oleh penilai-penilai. terima kasih :)

Di dalam kelas pada minggu ke 11 ini seperti kebiasaannya kami memulakan kelas dengan sesi pembentangan. Kumpulan pembentang yang pertama adalah dari kumpulan saya. Kumpulan saya terdiri daripada 3 orang termasuk saya iaitu Anis Ilyani dan 2 rakan yang lain iaitu Roosaimah dan juga Nurul Nabilah. Tajuk pembentangan kami adalah e-Learning and mobile learning. Sesi pembentangan berjalan seperti biasa dan alhamdulillah dapat pujian daripada penilai.

Seterusnya sesi pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan seterusnya iaitu kumpulan 11 yang juga terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan iaitu Fatihah kamaludin, Nurul Huda Ghazali dan Hasliza Mustapa. Tajuk pembentangan mereka adalah Web 2.0. Dengan ini barulah kami sedar yang teknologi sekarang amat canggih dan semakin berkembang malah semua orang dapat berinteraksi antara satu sama lain, dapat memberi komen, dan sebagainya.

Setelah selesai sesi pembentangan oleh 2 kumpulan, kami meneruskan kelas dengan perbincangan tentang kajian yang kami lakukan yang bertajuk "Pengaruh persekitaran kepada tahap kemahiran ICT pelajar IPT". Kami diberi penerangan oleh Cik Maazalah tetang cadangan penyelidikan, demografi responden serta persoalan kajian. Kami diberi panduan untuk melaksanakan kajian tersebut. Cik Mazalah mengarah kami untuk buat dalam microsoft excel bagi memudahkan lagi urusan kami kerana kaedah tersebut lebih senang. Apabila selesai, kami perlu emel hasil kerja tersebut ke alamat emel Cik Mazalah.

TERIMA KASIH :)
0 Comments

minggu  10

11/17/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita pada minggu ni iaitu minggu ke 10. Seperti biasa pada setiap minggu akan adakan sesi pembentangan oleh pelajar. Pada minggu ini pembentangan yang pertama adalah daripada kumpulan 8 yang bertajuk Original and Licensing Software (Perisian asal dan berlesen). Kumpulan ini terdiri daripada 2 orang pembentang iaitu Siti Maliati Azzahra binti Yusof dan juga Nurul Ezyan Aznie binti Mohd Rusli.

Manakala pembentang kedua adalah daripada kumpulan 7 yang bertajuk  Open Source Software (OSS) / perisian sumber terbuka. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan iaitu Siti Nurbayah binti Sheikh Ahmad, Lovenia Ornessa Danis, dan Fadilah binti Yambu.

Seterusnya, tutor kami iaitu Cik Mazalah menerangkan tentang tugasan ke 7 kami. Kami diminta membuat 2 brosur microsoft Publisher serta memasukkan unsur teks, bentuk, imej, dan warna seterusnya mengaplikasikannya menggunakan prinsip CASPER. Kami diminta memuatnaik kedua-dua brosur di portfolio weebly masing-masing. Selepas itu kami perlu mengupload brouser yang telah siap ke bahagian discussion dalam ifolio Komputer dalam pendidikan. Markah penilaian ini adalah sebanyak 5 markah. Setiap kumpulan perlu menilai kualiti  setiap poster yang dimuat naik berdasarkan prinsip CASPER. Kemudian memberikan markah menggunakan skala (*****). Bilangan bintang yang diberikan merujuk kepada kepuasan atau tidak penilai tersebut terhadap brouser yang dihasilkan.

Akhir sekali, kumpulan saya perlu berjumpa dengan Cik Mazalah bagi membetulkan sedikit soal selidik yang telah dibina sebelum kami menghebahkan di bahagian forum ge1155. Alhamdulillah Cik Mazalah sangat baik dan sentiasa membantu saya dan rakan-rakan jika ada sebarang masalah.

TERIMA KASIH :)
0 Comments

minggu  9

11/16/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya bertemu lagi pada minggu ini iaitu minggu ke 9. Masa semakin hari semakin cepat arus putarannya. Bak kata pepatah, "Masa itu emas". Masa adalah segala-galanya. Jika masa itu digunakan ke arah kebaikan, maka bergunalah ia dan jika masa digukan ke arah yang tidak betul, maka rugilah seseorang itu.

Pada minggu ke 9 ini, aktiviti dalm kelas GE1155 ini adalah seperti kebiasaan iaitu dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh tutor. Kumpulan pertama yang membuat pembentangan pada minggu ini adalah daripada kumpulan 5. Tajuk pembentangan ialah Kemahiran ICT abad 21. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang iaitu Mohamad Syarifudin bin Yusof, Abdullah Muizz bin Nasron, dan juga  Muhamad Nurnizam bin Suhaimi. Kumpulan ini menerangkan tentang tajuk mereka iaitu Kemahiran ICT abad 21. Pada akhir pembentangan ini Cik Mazalah menerangkan sedikit sebanyak tentang tajuk tersebut dan Cik Mazalah menekankan tentang 7 domain.

Manakala pembentangan kedua adalah mengenai tajuk Keselamatan internet dan komputer. Kumpulan ini juga terdiri daripada 3 orang initu Suzy Anak Thomas, Leeza Farhana binti Roslee, dan Siti Nasuha binti Zainudin. Kumpulam ini banyak memberikan pengetahuan baharu kepada kami semua kerana sebelum ini kami tidak mengetahui secara mendalam tentang virus. Namun, apabila kumpulan ini membuat pembentangan,saya dan rakan-rakan yang lain memberi perhatian yang lebih. Ini amat penting bagi kami kerana sebagai seorang pelajar seperti kami yang banyak menggunakan komputer riba dalam kehidupan seharian sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun untuk pembelajaran.

Pada akhir sesi pembelajaran, kami diminta berjumpa dengan tutor kami iaitu Cik Mazalah secara bergilir-gilir dalam kumpulan untuk berbincang dan memperbetulkan apa yang patut mengenai tugasan secara berkumpulan yang diberikan kepada kami. Kami diminta membina soal selidik. Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah.

TERIMA KASIH :)

0 Comments

MINGGU 8

11/4/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum w.b.t

Pada minggu ke lapan kelas GE1155 bersama tutor iaitu Cik Mazalah, kami memulakan kelas dengan aktiviti pembentangan oleh dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 9. Kumpulan 1 membuat pembentangan tentang tajuk kemahiran abad yang ke 21 yang terdiri daripada 3 orang ahli pembentangan iaitu Atirah Izzah binti Mat Noor, Noor Azierah binti Muhamad dan Siti Aisyah binti Buhari. Saya dengan ahli kumpulan saya menjadi penilai bagi pembentangan kumpulan 1 ini. 

Pembentangan kedua adalah daripada kumpulan 9. Tajuk pembentangan mereka adalah tentang pembelajaran tentang teknologi maklumat. Ahli kumpulan mereka terdiri daripada Diani Amira, Steffany, dan juga Umie Kalsum. Teknik soal jawab telah dilakukan oleh ahli kumpulan ini kepada rakan-rakan yang lain. Dengan ini, komunikasi telah berlaku antara pembentang dengan penonton. Pelbagai maklumat dikongsi secara bersama dengan rakan-rakan yang lain dan barulah saya mengetahui sedikit sebanyak tentang tajuk yang telah dibincangkan.

Setelah selesainya pembentangan oleh dua kumpulan, kami diminta berjumpa dengan Cik Mazalah secara bergilir-gilir setiap kumpulan untuk membuat pembetulan sedikit sebanyak tentang tugasan yang telah diberikan pada minggu lepas iaitu minggu 7. Selepas itu, kami diminta menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami serta membuat soalan soal selidik bagi tugasan yang diberikan.

Picture
0 Comments

minggu  7

11/2/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

Semakin lama semakin mencabar dan sentiasa mendapat ilmu yang baru dalam kelas GE1155. Kami diajar dengan lebih mendalam lagi dalam kelas komputer dalam pendidikan ini.  Ilmu yang diperoleh insyaallah akan kami guna pakai dalam pelajaran mahupun di alam pekerjaan kelak.

Pada minggu ini, kami diterangkan secara terperinci oleh tutor iaitu Cik Mazalah tentang cara yang betul untuk menghasilkan mini research yang terbaik. Pada mulanya, kami diterangkan oleh Cik Mazalah tentang penyelidikan. Penyelidik akan mengumpul setiap data. Penyelidik juga akan menjelaskan secara terperinci mengenai data yang diperoleh bagi menjawab setiap persoalan yang diketengahkan oleh penyelidik. Tujuan utama sesuatu penyelidikan dijalankan adalah bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Antara langkah-langkah yang perlu ada bagi menghasilkan sesuatu penyelidikan adalah dengan mengenalpasti masalah dan tujuan penyelidikan, membuat sorotan literature, merekabentuk dan merancang penyelidikan, mengumpul data mengikut jenis sama ada kualiatif mahupun kuantitatif, menganalisis serta menginterpretasi dan akhir sekali membincang dapatan, laporan, dan menyebarkan hasil penyelidikan.

Bagi menghasilkan penyelidikan yang baik, seseorang penyelidik hendaklah merekabentuk terlebih dahulu tentang penyelidikan yang bakal dijalankan. Pendekatan sesuatu penyelidikan hendaklah bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajian. Terdapat dua kaedah kajian yang boleh digunakan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kuntitatif merupakan soal selidik yang dilakukan keatas beberapa responden bagi  menjawab persoalan yang telah dibuat oleh penyelidik. Kaedah ini memerlukan responden yang ramai sebagai sampel kajian. Manakala kaedah kualitatif pula merupakan kaedah temubual yang dijalankan diantara penyelidik dengan responden. Kaedah ini tidak memerlukan responden yang ramai.

Namun setelah kami diberi penerangan panjang lebar oleh Cik Mazalah, seterusnya kami diminta untuk menyediakan satu proposal penyelidikan. Ahli kumpulan saya yang terdiri daripada saya dan dua rakan yang lain telah memilih tajuk berkenaan dengan pengaruh persekitaran kepada tahap kemahiran ICT pelajar IPT.

Kami diminta untuk menyelesaikan kandungan kajian kami  iaitu kertas cadangan penyelidikan menggunakan Microsoft word dan kami diminta untuk menhantar melalui emel ataupun facebook Cik Mazalah.

Walaupun kesuntukan masa, namun terdapat pembentangan oleh dua kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan saya. Kumpulan yang pertama membentangkan mengenai  LMS dan CMS manakala kumpulan kedua pula membuat pembentangan tentang CASPER. Hanya dua kumpulan sahaja yang sempat memuat pembentangan pada minggu ini. Insyaallah berjumpa lagi kita  pada minggu seterusnya minggu hadapan.

TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI :)

0 Comments

minggu  6

11/2/2014

0 Comments

 
Picture
Semakin hari semakin singkat putaran masa dalam kehidupan seharian kita. Dengan ini, berjumpa lagi kita pada minggu ke enam  dalam kelas GE1155 ini. Berikut merupakan refleksi saya tentang perkara yang dipelajari dalam kelas GE1155 bersama tutor iaitu Cik Mazalah.

Pada minggu ini, kami dikehendaki mencari maklumat tentang CASPER di ejen pencarian  dan membincangkan tentang penggunaan CASPER  bersama-sama rakan kumpulan kami. Kami perlu mengetahui konsep CASPER  dan juga prinsip CASPER seterusnya membina bahan menggunakan google drive. Setelah mengetahui maklumat tentang CASPER dan memahami penggunaannya, kami dikehendaki membina slide presentation menggunakan gooogle presentation untuk tujuan pembentangan dalam tutorial berkenaan dengan topik pembentangan yang kami perolehi hasil undian yang telah dilakukan pada minggu 5 iaitu minggu sebelum ini.

CASPER pada mulanya saya hanya dapat membayangkan cerita kartun yang mengisahkan tentang kehidupan hantu yang bernama Casper. Namun ternyata jangkaan saya itu salah sama sekali. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

Enam Prinsip Asas Reka Letak (CASPER)

Untuk mengahsilkan persembahan power point yang baik, prinsip-prinsip berikut perlu dipertimbangkan:

Picture
0 Comments

minggu 5

11/2/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa lagi kita pada minggu ini. Seperti biasa, saya ingin berkongsi dengan kalian tentang aktiviti saya dalam kelas GE1155 pada minggu ini bersama tutor saya iaitu Cik Mazalah.

Pada minggu ini, kami dikehendaki mencari bahan berkaitan dengan tajuk yang telah diperoleh hasil daripada cabutan undi yang dilakukan oleh tutor saya iaitu Cik Mazalah bersama rakan-rakan saya yang lain. Hasil daripada cabutan undi yang dilakukan, kumpulan kami iaitu kumpulan 5 yang terdiri daripada saya serta 2 rakan yang lain telah mendapat tajuk tentang e-learning dan mobile learning. Kumpulan kami perlu membentangkan tugasan kami ini pada minggu kesebelas.

Kami dikehendaki mencari bahan yang berkaitan menggunakan google search, google schoolar, dan pangkalan data PTSL seterusnya mengupload bahan-bahan yang diperoleh ke dalam dropbox dan google drive. Kami perlu membaca bahan-bahan yang diperolehi dan membina sekurang-kurangnya 3 topik perbincangan bersama-sama ahli kumpulan kami. Kami perlu pastikan topik yang kami perolehi disoal jawab bersama ahli-ahli kumpulan kami dalam forum yang telah disediakan dalam weebly GE1155 dengan membuka topik perbincangan baru. Setelah itu, kami dikehendaki  membaca komen rakan dan memberi respon sebagai maklum balas tentang topik tersebut.

Berdasarkan kefahaman saya, e-learning merupakan singkatan daripada Electronic Learning yang merupakan cara baru dalam proses belajar mengajar yang menggunakan media elektronik khususnya internet sebagai sistem pembelajarannya. E-learning merupakan dasar dan konsekuensi logis dari perkembangan  teknologi informasi dan komunikasi.

Manakala mobile learning merupakan model pembelajaran yang dilakukan antara tempat atau lingkungan dengan menggunakan teknologi yang mudah dibawa pada saat pembelajaran dengan berbagai potensi dan kelebihan yang dimilikinya. Mobile learning diharapkan akan dapat menjadi sumber belajar alternatif yang dapat meningkatkan efisen dan efektif proses dalam hasil pembelajaran. Program yang mobile learning yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah program media pembelajaran mobile phone-based.

Dengan ini, saya serta ahli kumpulan yang lain telah tahu sedikit sebanyak tentang topik yang kami perolehi  iaitu e-learning dan mobile learning. Sejujurnya sebelum ini saya tidak tahu langsung apa itu e-learning dan apa itu mobile learning. Jika saya tidak diberi peluang untuk memasuki kelas GE1155 ini, kemungkinan besar saya tidak akan tahu semua perkara yang telah saya pelajari sekarang. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada tenaga pengajar.

TERIMA KASIH :)

0 Comments
<<Previous

    Categories

    All

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.